Nutrivera Manufacturing Sdn Bhd Raih Tempat Keempat SAY ASPIRE 2026

whatsapp image 2026 09 02 at 18.41.28

SHAH ALAM, 2 September 2026 – Nutrivera Manufacturing Sdn Bhd mencatat pencapaian membanggakan apabila berjaya meraih tempat keempat dalam Pusingan Akhir Liga Usahawan Eksport Selangor (SAY ASPIRE) Edisi Ketujuh.

Diterajui oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Raja Balqis binti Raja Lokman, Nutrivera tampil sebagai antara 10 syarikat yang terpilih ke pusingan akhir menerusi produk dalam kategori makanan dan minuman (F&B), khususnya protein bar.

Pencapaian tempat keempat itu mencerminkan potensi dan daya saing Nutrivera dalam kalangan syarikat tempatan yang sedang berkembang, khususnya dalam usaha memperkukuh produk, penjenamaan serta kesiapsiagaan untuk menembusi pasaran lebih luas.

SAY ASPIRE merupakan inisiatif Selangor Youth Community (SAY) yang memberi fokus kepada pembangunan usahawan tempatan menerusi bimbingan strategi eksport, pematuhan standard global dan pembinaan rangkaian perniagaan strategik.

whatsapp image 2026 09 02 at 18.41.28 (2)

Pusingan akhir edisi kali ini turut mendapat perhatian apabila DYTM Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj berkenan mencemar duli dan menjadi antara panel juri yang menilai pembentangan para finalis.

Bagi Raja Balqis, pencapaian tersebut menjadi satu lagi langkah penting dalam perjalanan Nutrivera untuk terus berkembang serta memperkukuh kedudukan syarikat dalam industri makanan dan pemakanan.

Kejayaan meraih tempat keempat dalam SAY ASPIRE 2026 turut menjadi motivasi buat Nutrivera Manufacturing Sdn Bhd untuk meneruskan usaha membangunkan produk berkualiti dan membawa jenama tempatan ke peringkat yang lebih tinggi, termasuk pasaran antarabangsa.

whatsapp image 2026 09 02 at 18.41.28 (1)

Photo by : Azam Masri

Scroll to Top