Kuartet 4x100m Johor Pecah Rekod Selepas 10 Tahun

ggg

SHAH ALAM – Kuartet 4×100 meter lelaki Johor mencipta sejarah apabila berjaya memecahkan rekod temasya yang bertahan selama 10 tahun dengan catatan baharu 39.46 saat pada SUKMA XXII Selangor 2026.

gggg

Catatan berkenaan memadam rekod lama 39.89 saat yang dilakukan kuartet Melaka pada edisi SUKMA 2016. Kejayaan itu sekali gus menyaksikan Johor memperbaharui standard acara pecut berganti-ganti berkenaan selepas rekod tersebut gagal digugat sepanjang sedekad lalu.

Pelari pecut Johor, Danish Iftikhar turut melihat pencapaian berkenaan sebagai petanda positif terhadap perkembangan kelompok pelari pecut muda negara ketika ini.“Seperti yang pernah dikatakan Azeem Fahmi, pelari pecut negara sekarang berada pada tahap yang terbaik. Kita dapat lihat ramai pelari muda semakin laju dan mampu memberikan saingan yang kuat,” katanya.

gg

Menurut Danish, prestasi yang dipamerkan di pentas SUKMA memberi gambaran bahawa Malaysia mempunyai kelompok pelari yang mampu terus berkembang sekiranya diberikan pendedahan serta persiapan terbaik.Catatan 39.46 saat oleh kuartet Johor juga hadir pada waktu penting ketika Malaysia sedang membina barisan atlet menuju Sukan SEA Malaysia 2027.

Dengan temasya dwitahunan itu bakal berlangsung di laman sendiri tahun depan, persaingan sengit dalam kalangan pelari pecut muda dilihat mampu memberikan lebih banyak pilihan kepada barisan kejurulatihan kebangsaan untuk membentuk kuartet terbaik negara.

Prestasi di SUKMA kali ini bukan sahaja menjadi ukuran kekuatan di peringkat negeri, malah boleh menjadi medan penting untuk mengenal pasti bakat yang mampu diketengahkan ke skuad kebangsaan.Jika momentum serta peningkatan prestasi ini dapat dikekalkan, acara pecut termasuk 4x100m berpotensi menjadi antara sandaran Malaysia untuk memberikan cabaran lebih kuat apabila negara menjadi tuan rumah Sukan SEA 2027.

ggggg

Scroll to Top