BS NUTRITION PERKUKUH SOKONGAN SUKAN TEMPUR MENERUSI BYON COMBAT SHOWBIZ 8

bs

JAKARTA – BS Fitness Nutrition (M) Sdn Bhd (BS Nutrition) terus memperkukuh komitmennya terhadap pembangunan gaya hidup aktif dan prestasi sukan apabila tampil sebagai Official Protein Partner bagi BYON Combat Showbiz 8 di Tennis Indoor Senayan, Jakarta pada 29 Ogos ini.

bs1

Penyertaan jenama dari Malaysia itu dalam acara sukan tempur berkenaan dilihat selari dengan keperluan atlet terhadap aspek kecergasan, pemulihan dan nutrisi dalam memastikan mereka mampu memberikan prestasi terbaik ketika bertanding.

BYON Combat Showbiz 8 merupakan acara pertunjukan sukan profesional yang menggabungkan elemen pertandingan, hiburan dan promosi, sekali gus menjadi platform yang menghimpunkan peminat sukan tempur dalam skala besar. Acara itu dijadual berlangsung pada 29 Ogos di Tennis Indoor Senayan, Jakarta.

bs2

Penglibatan BS Nutrition dalam acara berkenaan juga membuka peluang kepada jenama tersebut untuk mendekati komuniti atlet, penggiat kecergasan serta peminat sukan tempur Indonesia, selain memperluaskan kehadirannya dalam industri sukan serantau.

Sebagai Official Protein Partner, kerjasama berkenaan turut memberi peluang kepada BS Nutrition untuk mengetengahkan kepentingan nutrisi sebagai sebahagian daripada persediaan dan gaya hidup atlet, khususnya dalam sukan berintensiti tinggi seperti sukan tempur.

bs4

Langkah itu secara tidak langsung memperlihatkan usaha BS Nutrition untuk meletakkan jenamanya lebih dekat dengan ekosistem sukan, bukan sahaja dalam pasaran tempatan tetapi juga di peringkat Asia Tenggara

bs5
Scroll to Top