Melaka Tumpaskan Pahang 4-1 Menerusi Acara Badminton Berpasukan Lelaki

badminton

SETIA ALAM – Melaka menampilkan aksi cemerlang apabila menewaskan Pahang 4-1 dalam saingan di Kumpulan C. Kemenangan itu menyaksikan Melaka bangkit selepas Yeow Chun Cher tewas pada perlawanan pertama.

Melaka menyamakan kedudukan menerusi pasangan beregu lelaki Aaron Tai Wei Qin dan Ungku Ameer Aliff yang berjaya mencatat kemenangan dalam dua set. Lee Yen Wei kemudian menambah mata buat Melaka sebelum pasangan Syed Harraz dan Wan Muhammad Darwisy memastikan kelebihan terus memihak kepada pasukan Melaka.

Dalam aksi terakhir, Curson Cheng Yu Yang melengkapkan kemenangan Melaka selepas mencatat kejayaan dalam perlawanan yang berlangsung sengit sehingga ke aksi penentuan di set yang ketiga. Kemenangan 4-1 itu menjadi suntikan semangat buat Melaka untuk meneruskan cabaran dalam saingan Kumpulan C dengan lebih yakin.

bad

Photo By : Firdausazis

Scroll to Top