SUKMA 2026 : Kriket Melaka Buka Tirai Dengan Langkah Kanan

kriket day 1 3

KLANG – Melaka membuka kempen SUKMA 2026 dengan kemenangan selepas menewaskan Pahang dalam aksi kriket T50 lelaki, sekali gus mencetuskan langkah awal dalam misi melahirkan atlet berkelas lebih tinggi. Pahang terlebih dahulu menamatkan inning dengan 84 larian sebelum Melaka turun memburu sasaran kemenangan dalam aksi yang berlangsung sengit. Melaka bagaimanapun terpaksa berdepan tekanan apabila kehilangan lapan wicket, namun ketenangan pemain membolehkan mereka menamatkan cabaran dengan catatan 85/8 dalam 28.3 overs.

kriket day 1

Kemenangan dua wicket berbaki itu bukan sekadar menghadiahkan mata dan keyakinan kepada Melaka, malah menjadi bukti pentingnya ketahanan mental ketika berdepan detik kritikal. SUKMA 2026 menjadi medan terbaik untuk mencungkil dan menggilap bakat muda yang berpotensi diketengahkan ke peringkat kebangsaan.

Dengan Sukan SEA 2027 bakal berlangsung di Malaysia, prestasi atlet pada SUKMA kali ini menjadi antara indikator penting dalam membentuk barisan pelapis negara. Bukan mustahil pemain yang sedang mencipta nama di SUKMA 2026 hari ini bakal menjadi sebahagian daripada skuad Malaysia yang menggalas cabaran di pentas SEA Games tahun depan.

kriket day 1 2

Photo by : Firdaus Azis

Scroll to Top