SELANGOR – Beraksi di laman sendiri menjadi pembakar semangat buat pemain bola keranjang Selangor, Elaine Chong Hui Lin untuk mengulangi kejayaan terdahulu dan membantu pasukan memburu kejuaraan SUKMA kali ini.

Photo by : Faiz Norazmi
Atlet berusia 21 tahun yang membuat penampilan ketiga di pentas SUKMA itu mahu pengalaman dimiliki menjadi senjata untuk mengemudi Selangor, apatah lagi seluruh pasukan kini berkobar-kobar dengan satu misi iaitu mempertahankan kejuaraan.“Sudah tentu sasaran kami adalah untuk menjadi juara, kami pernah bergelar juara sebelum ini dan tahun ini kami mahu meneruskan kejayaan serta memberikan yang terbaik untuk Selangor, tambahan pula sokongan sebagai tuan rumah membuatkan semangat kami semakin membara,” katanya.
Tidak mahu sekadar menjadi ratu di pentas SUKMA, Elaine kini mengintai peluang lebih besar apabila memasang impian menyarung jersi Malaysia di Sukan SEA 2027, sekali gus menjadikan kejohanan kali ini sebagai pentas terbaik untuk mencuri perhatian jurulatih skuad kebangsaan

Photo by : Faiz Norazmi



