Jurulatih Argentina, Lionel Scaloni menzahirkan kekaguman terhadap aksi luar biasa kapten pasukan, Lionel Messi selepas membantu juara bertahan itu menewaskan Algeria 3-0 dalam aksi pembukaan Kumpulan J Piala Dunia 2026.
Dalam sidang media selepas perlawanan, Scaloni menyifatkan kehebatan Messi bukan lagi sesuatu yang mengejutkan buat skuad Argentina. Bintang berusia 38 tahun itu meledak hatrik untuk menghadiahkan tiga mata penting kepada pasukannya, sekali gus menyamai rekod penjaring terbanyak sepanjang sejarah Piala Dunia dengan 16 gol.
Bagaimanapun, Scaloni menegaskan kemenangan tersebut tidak harus membuatkan Argentina terlalu selesa. Menurutnya, perjalanan kejohanan masih panjang dan setiap perlawanan menuntut fokus serta disiplin tinggi.
Beliau turut memuji keserasian pemain yang menjadi antara faktor utama kejayaan Argentina memulakan kempen mempertahankan kejuaraan dengan langkah kanan. Kemenangan itu meletakkan Argentina di kedudukan terbaik menjelang aksi seterusnya dalam saingan kumpulan.
CREDIT PHOTO: Selección Argentina



