KUALA LUMPUR, 9 Jun – Penyanyi terkenal tanah air, Marsha Milan diumumkan sebagai artis jemputan khas bagi konsert Ungu 3 Dasawarsa: Special Night in Kuala Lumpur yang akan berlangsung pada 5 September 2026.
Pemilihan Marsha dibuat atas persetujuan anggota Ungu sendiri yang menyifatkan beliau memiliki kekuatan vokal, penghayatan emosi yang mendalam serta karakter suara yang unik, menjadikannya pilihan terbaik untuk berkongsi pentas sempena sambutan 30 tahun kumpulan legenda Indonesia itu.
Menurut Ungu, mereka telah lama mengikuti perkembangan kerjaya Marsha dan percaya kehadirannya mampu memberikan dimensi baharu kepada persembahan menerusi gabungan vokal yang mantap serta interpretasi muzik yang berbeza.
Kehadiran Marsha dijangka menjadi antara tarikan utama konsert tersebut, sekali gus memberi peluang kepada peminat untuk menyaksikan kolaborasi istimewa antara dua nama besar industri muzik Nusantara.



