ALPHA Sambut Ulang Tahun Pertama Dengan Album Sulung ‘The First Wave’

img 5303

KUALA LUMPUR – Kumpulan M-Pop ALPHA meraikan ulang tahun pertama penubuhan mereka dengan pelancaran album studio penuh sulung berjudul The First Wave.

Album yang memuatkan 12 lagu itu menjadi simbol perkembangan dan kematangan muzik ALPHA sepanjang setahun berada dalam industri. Antara lagu yang dimuatkan termasuk Mona Lisa (Bang Bang), P. Ramlee Saloma, Bujang, Tiada Pengganti dan Gelato, selain beberapa karya baharu seperti Mahkota Cinta, Gerak dan Roman Empire.

Salah satu lagu yang mencuri perhatian ialah Burn It Down, yang dihasilkan ketika ALPHA menjalani latihan di Korea Selatan menerusi program ALPHA Dreams Unlocked: Seoul Chapter. Lagu tersebut turut mendapat sentuhan komposer antarabangsa yang pernah bekerjasama dengan beberapa artis K-Pop terkenal.

img 5305

Menurut anggota kumpulan itu, The First Wave menggambarkan perjalanan, pengalaman dan pencapaian mereka sepanjang tahun pertama bersama peminat.

Dalam perkembangan sama, ALPHA turut diumumkan sebagai duta jenama Sooka, yang bakal menawarkan kandungan eksklusif serta pelbagai aktiviti khas buat peminat menerusi kerjasama tersebut.

Pelancaran album berkenaan dianjurkan oleh Rocketfuel Entertainment sempena sambutan ulang tahun pertama kumpulan itu dalam industri muzik tempatan.

img 5304
Scroll to Top