Nidji, Masdo Bakal Gegarkan Stadium Merdeka Menerusi NU FEST 2027

aus4802

KUALA LUMPUR: Kumpulan popular Indonesia, Nidji dan band tempatan, Masdo bakal menjadi antara tarikan utama NU FEST 2027 yang dijadual berlangsung di Stadium Merdeka pada 30 Januari depan.

Kehadiran kedua-dua kumpulan itu dijangka menjadi tumpuan peminat muzik apabila festival berkenaan menghimpunkan barisan artis pelbagai genre dan generasi dalam satu pentas.

Nidji dijadual mengadakan persembahan selama 90 minit, sekali gus memberi peluang kepada peminat menikmati rangkaian lagu popular kumpulan berkenaan secara langsung.

Masdo pula bakal membawa identiti muzik berteraskan pengaruh retro dengan sentuhan kontemporari yang dekat dengan peminat, khususnya generasi muda.

 aus4713

Selain Nidji dan Masdo, festival anjuran COMs. Creative Studio dengan kerjasama AKE Seni itu turut menampilkan The Changcuters, Dukes, Lokarya, The Beretta’s, Saja, Monosterio serta Band D_Va.

Kemunculan Band D_Va juga dijangka mengimbau nostalgia peminat muzik era 2000-an, manakala komuniti DJ tempatan, Beats & Brew bakal memeriahkan acara menerusi persembahan muzik elektronik.

Wakil COMs. Creative Studio, En. Zairul Addry Helmy berkata, pemilihan artis dibuat berdasarkan kepelbagaian muzik, kekuatan kelompok peminat dan tenaga persembahan.

“Kami mahu barisan artis yang boleh merentasi beberapa generasi dan kelompok peminat yang berbeza. Setiap nama mempunyai karakter tersendiri, daripada rock, pop dan nostalgia hinggalah muzik alternatif serta ‘energy’ yang lebih segar,” katanya.

Tiket NU FEST 2027 ditawarkan pada harga bermula RM88, termasuk tawaran khas untuk pembelian berkumpulan.

PHOTO BY : MUZAKKIR REZA

 aus4820
Scroll to Top
Secret Link