Malaysia Benam Laos 4-0, Langkah Bergaya Dalam Kempen Piala Hyundai ASEAN 2026

img 3564.jpg

KUALA LUMPUR, 28 Julai 2026– Skuad Harimau Malaya meneruskan kempen Piala Hyundai ASEAN 2026 dengan langkah kanan apabila mencatat kemenangan meyakinkan 4-0 ke atas Laos dalam aksi yang berlangsung di Stadium Cheras, malam ini. Kejayaan itu menyaksikan Malaysia mempamerkan persembahan yang lebih tersusun, terutama pada babak kedua.

Malaysia memecahkan kebuntuan menerusi jaringan Paulo Josue pada minit ke-45 selepas kedua-dua pasukan saling berbalas serangan sepanjang babak pertama. Gol itu memberikan kelebihan 1-0 buat skuad negara sebelum menuju ke bilik persalinan.

body

PHOTO BY: FIRDAUS AZIS

Bersambung babak kedua, Harimau Malaya meningkatkan rentak permainan dan menggandakan kedudukan menerusi Endrick pada minit ke-57. Tekanan berterusan ke atas kubu Laos kemudian menghadiahkan gol ketiga apabila pertahanan lawan, V. Sydavong, tertampan bola ke gawang sendiri pada minit ke-66 ketika cuba menghalang serangan Malaysia.

Wan Kuzain melengkapkan kemenangan bergaya Malaysia dengan jaringan pada minit ke-84 sekali gus mengesahkan keputusan 4-0 sehingga wisel penamat. Kemenangan tersebut menjadi permulaan positif buat Harimau Malaya dalam saingan Piala Hyundai ASEAN 2026, selain meningkatkan keyakinan pasukan untuk menghadapi baki perlawanan dalam usaha memburu kemaraan ke pusingan seterusnya.

img 3562.jpg

PHOTO BY: FIRDAUS AZIS

Scroll to Top