Kongres Luar Biasa FAM 2026 Lulus Statut Baharu Dicadangkan AFC

aus0029

PETALING JAYA, 4 Jun 2026 – Kongres Luar Biasa Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) hari ini sebulat suara meluluskan statut baharu yang dicadangkan oleh Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) dalam satu mesyuarat yang berlangsung di Hilton Petaling Jaya.

Walaupun beberapa peruntukan dalam statut tersebut menerima perhatian dan perbahasan daripada ahli-ahli Kongres, kesemua perwakilan akhirnya mencapai kata sepakat untuk meluluskan cadangan berkenaan.

Kelulusan statut baharu ini dilihat sebagai satu langkah penting dalam memperkukuhkan tadbir urus FAM serta memastikan ia selaras dengan kehendak dan piawaian yang ditetapkan oleh AFC dan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).

Sepanjang sesi perbincangan, beberapa ahli Kongres turut mengemukakan pandangan dan mendapatkan penjelasan berhubung beberapa perkara yang terkandung dalam statut tersebut sebelum proses pengundian dijalankan.

Dengan statut baharu kini diluluskan, tumpuan seterusnya akan terarah kepada pemilihan kepimpinan baharu FAM yang dijangka berlangsung pada September depan.

Pemilihan itu dijangka menjadi medan penting dalam menentukan hala tuju pentadbiran bola sepak negara bagi penggal akan datang, selain meneruskan agenda pembangunan sukan bola sepak di semua peringkat.

Kongres Luar Biasa FAM 2026 dihadiri wakil-wakil gabungan FAM, persatuan bola sepak negeri serta pelbagai pemegang taruh dalam ekosistem bola sepak Malaysia.

Photo by : Firdaus Azis

Scroll to Top