Harimau Malaya Terikat 0-0 Menentang Indonesia

img 5118

JAKARTA, 28 September 2026 – Malaysia terpaksa berpuas hati dengan keputusan seri tanpa jaringan ketika menentang Indonesia dalam aksi Kumpulan A Piala ASEAN FIFA 2026 di stadium Gelora Bung Karno, Jakarta. Walaupun gagal menemui gol, skuad Harimau Malaya memperlihatkan penguasaan permainan yang lebih baik berdasarkan statistik perlawanan.

img 5119

Skuad Harimau Malaya mendapat kelebihan jumlah pemain selepas pemain Indonesia, Thom Haye, dilayangkan kad merah pada minit ke-37 selepas mengasari Arif Aiman. Keputusan tersebut menyaksikan Indonesia terpaksa beraksi dengan 10 pemain untuk baki perlawanan, sekali gus memberikan lebih ruang kepada Harimau Malaya untuk meningkatkan tekanan ke atas benteng tuan rumah. Namun, meskipun mempunyai kelebihan pemain dan penguasaan permainan, skuad negara masih gagal memanfaatkan peluang yang terhidang untuk memecahkan kebuntuan.

img 5120

Harimau Malaya turut menguasai 63 peratus penguasaan bola, kelebihan dari segi penguasaan dan jumlah percubaan tidak diterjemahkan kepada jaringan. Pertahanan Indonesia berjaya bertahan daripada tekanan Harimau Malaya, termasuk percubaan yang tepat ke sasaran. Keputusan 0-0 itu menyaksikan kedua-dua pasukan berkongsi mata selepas 90 minit permainan. Harimau Malaya terpaksa akur dengan keputusan tersebut dan perlu fokus untuk perlawanan menentang Singapura agar layak ke peringkat seterusnya.

img 5121

Photo By : Firdaus Azis

Scroll to Top
Secret Link